Selasa, 22 Oktober 2013

Wardah dakwah 2

  Seusai solat maghrib, Saddura mengambil masa untuk bersendiri membaca helaian-helain cinta Rabb (Al-Quran) sungguh tenang rasa dihati. Kebanyakkan ummat akhir zaman menjadikan Naskhah Cinta dari Rabb itu sebagai perhiasan di rumah, di kepala katil di kamar masing-masing untuk mengelakkan gangguan jin dan sebagainya, letak tanpa membacanya adakah itu tanda kita cintakan Rabb.. Jika menerima surat dari sang kekasih, hari-hari ditatap untuk tidak lupa setiap bait-bait madah yang ditulis.. Begitu jua dengan Naskhah Cinta dari Rabb, Diturunkan pada kekasihNya Muhammad untuk dijadikan panduan hidup.. detik hati Saddura.

  Saddura terus tersedar tentang salam yang dihulur kepadanya melalui sahabat baiknya Mariam. Pantas jari jemarinya menari di atas papan kekunci laptop kesayangannya, terpapar google search di skrin, dan Saddura terus menaip, tentang hukum memberi salam pada berlainan jantina yang bukan mahram.

  Segalanya dihujung jari, detik hati Saddura, dia menerima beberapa hasil carian yang menepati kehendaknya, terus tetikusnya laju memilih keratan video dari ustaz yang tidak kurang popularnya dalam kalangan anak remaja, UAI..

Menurut UAI tiada perkataan haram yang termaktub di dalam hadis tentang pemberian salam kepada bukan mahram, tetapi disepakati ulamak akan larangan memberi salam pada yang bukan mahram. Nah, tidah salah untuk memberi salam dan menjawabnya, dengan syarat bukan niat yang tidak atau hawa nafsu. (wallahu'alam)

Terjawab sudah persoalan di minda Saddura, sekarang dia tenang untuk meneruskan ulangkaji demi menghadapi beberapa peperiksaan kelak.


Masa menjawab berbaki 30 minit, para pelajar tidak dibenarkan keluar sehingga waktu peperiksaan tamat, kata ketua pengawas peperiksaan pada hari tersebut. Saddura sudah selesai menjawab, menjadi tabiatnya untuk kekal sehingga waktu tamat, kerana terkensan dengan pesan umminya, tunggu sampai waktu tamat, sambil selawat ke atas nabi, mudah-mudahan Allah bantu permudahkan atau perbetulkan jawapan yang dituis, terngiang-ngiang suara ummi dibenak Saddura. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke rumah menemui seisi keluarga. waktu peperiksaan tamat, Saddura berjalan menuju keluar dewan untuk mendapatkan sahabat baiknya Mariam yang keluar lebih awal darinya.

Mariam : Saddura2, rajin study tapi kenapa lama sangat menjawab soalan?

Saddura : pesan ummi untuk tunggu sehingga waktu tamat, anak yang baik mendengar kata orang tua bukan?  (sambil menghadiahkan senyuman buat sahabatnya)

Mariam : yelah2..anak solehah huhu, Jom kita pergi makan, lepas tu boleh balik kemas barang. tak sabar nak balik bercuti ni.

Saddura : hayya bina..

mereka berjalan beriringan sambil berpimpin tangan...

cuti mereka tidak lama hanya berbaki seminggu sahaja lagi, sedang Saddura membantu ummi di dapur dia menerima panggilan dari sahabat baiknya Mariam.

solla 'alaikallah hu yaa adnani... telefon bimbitnya bernyanyi... Saddura menekan butang hijau.

Mariam : Assalamu'alaikum Saddura.. (nada sedih)

Saddura : wa'alaikumsalam Mariam, Kaifa haluki?

Mariam: Alhamdulillah, tetapi (mariam teresak-esak di corong telefon)

Saddura: Ya Allah , Mariam kenapa sedih ni? tenangkan diri.. cerita pada ana..


(bersambung.......)



  
[Continue reading...]