SADDURA...
Nama manja bagi seorang gadis kacukan arab-melayu. Saddura merupakan pelajar tahun 2 pengajian ekonomi di salah sebuah universiti swasta di Malaysia. Dia merupakan mahasiswi yang aktif dalam persatuan jua akademik. kesibukkannya dalam berpersatuan tidak membuatkan dia mengabaikan akademik yang merupakan amanah ibu ayahnya.
Saddura merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik, dia dikira bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang sakinah wa mawaddah. Ibu Ayah yang sentiasa mewujudkan bi'ah solehah serta tarbiyyah di rumah, menjadikan adik-beradiknya jarang sekali bercakaran mahupun meninggikan suara.
Dalam kesibukkan duniawinya, Saddura tetap mencari bekalan Ukhrawinya, itu yang membuatkan kehidupannya seimbang, usrah serta majlis-majlis ilmu jarang sekali dia tinggalkan tanpa keuzuran. Seperti rakan-rakan sebayanya yang sedang menikmati zaman remaja, dia jua tidak terlepas dari di uji oleh-Nya.
Hampir dia tersungkur disetiap onak duri itu, dengan jiwa tarbiyyah dan semangat seorang da'ei dia tidak pernah lupa itu sebagai tanda kasih sayang Pencipta kepadanya. Hanya ayat "tidaklah aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaku" ( Az-Zariyat:56) , menjadi pendorongnya agar istiqamah berada di dalam jalan Dakwah.
Ketika Saddura sedang beriadah bersama-sama temannya di tasik universiti,
Mariam: Saddura, enti tak penat ke sibuk hampir setiap jam, ana tengok, lepas kelas, program, riadah lagi..malam usrah pulak....tak bosan?
Saddura: ^_^ (menghadiahkan senyuman buat sahabatnya), enti bosan tak setiap hari kena makan?
Mariam: eh soalan dibalas dengan soalan?? hehe mestila tak, sebab kenyang lepas tu..
Saddura: begitu jua jawapan ana untuk soalan enti tadi, setiap yang ana lakukan dalam sehari, merupakan makanan bukan sahaja pada jasmani malah rohani ana. ana memerlukan semua itu. ^_^
Mariam: (jawapan Saddura membuatkan mariam merenung air tasik sambil memikirkan kebenaran kata2 sahabatnya itu)
Saddura: Siti Mariam..... termenung apa tu? dh nak senja ni...Jom kita balik asrama...
Mariam: Tak de apa-apa wahai sahabatku Sidratul Muntaha....
mereka berpimpinan tangan sambil berjogging ke asrama.
bersambung....... ^_^
nak tulisan wrna lain boleh? hehe..btw, good job awok ! keep it up :)
BalasPadamsyukran ukhty hanim... insyallah nt sy tukar colour tulisan k?
BalasPadam