Rabu, 21 November 2012

A ke B ??? ^_^

Share it Please
salam mawaddah buat sahabat2 sekalian... ^_^



baru-baru ini, isu memilih group2 untuk mengadakan pengisian rohani sering diperkatakan disekeliling ana. contohnya Group "mawar" (bukan nama sebenar) menarik atau mencari ahli-ahli baru, dan berkemungkinan besar mereka berjaya.. dalam isu ini ada tiada nampak salahnya kerana 'siapa yang berusaha maka dia akan dapat hasilnya'.. akan tetapi ana kurang senang kata-kata yang tidak turut serta malah mengatakan mereka salah.. dan apabila sebahagian dari sekelompok mereka menyertai 'group' tersebut, mereka dipandang serong dan dijauhkan..

apakah ini budaya yang sihat? tentu sekali tidak... sepatutnya kita beri peluang dan ruang untuk mereka memilih dan berfikir.. bagi ana tiada salahnya mengikuti sesuatu 'group' asalkan kita tahu matlamat yang sebenar dan ianya tidak menyesatkan.. kerana 'group2' ini kebanyakannya berkongsi berkaitan pengisian rohani serta aktiviti2 yang mengeratkan ukhuwah sesama ahlinya. sedangkan pihak yang satu lagi tidak berbuat apa2..

Allah anugerahkan kita akal, bukan tugas kita untuk menghukum mereka.. yang mana baik, kita teruskan dan tingkatkan...yang mana sesat dan maksiat, kita tinggalkan wallahu'alam... ^_^


Al-Mumtahanah 8
“Allah Tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan bertaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi-mu karena agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerlmu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil“. (QS. Al-Mumtahanah [60]: 8 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan