Selasa, 22 Oktober 2013

Wardah dakwah 2

  Seusai solat maghrib, Saddura mengambil masa untuk bersendiri membaca helaian-helain cinta Rabb (Al-Quran) sungguh tenang rasa dihati. Kebanyakkan ummat akhir zaman menjadikan Naskhah Cinta dari Rabb itu sebagai perhiasan di rumah, di kepala katil di kamar masing-masing untuk mengelakkan gangguan jin dan sebagainya, letak tanpa membacanya adakah itu tanda kita cintakan Rabb.. Jika menerima surat dari sang kekasih, hari-hari ditatap untuk tidak lupa setiap bait-bait madah yang ditulis.. Begitu jua dengan Naskhah Cinta dari Rabb, Diturunkan pada kekasihNya Muhammad untuk dijadikan panduan hidup.. detik hati Saddura.

  Saddura terus tersedar tentang salam yang dihulur kepadanya melalui sahabat baiknya Mariam. Pantas jari jemarinya menari di atas papan kekunci laptop kesayangannya, terpapar google search di skrin, dan Saddura terus menaip, tentang hukum memberi salam pada berlainan jantina yang bukan mahram.

  Segalanya dihujung jari, detik hati Saddura, dia menerima beberapa hasil carian yang menepati kehendaknya, terus tetikusnya laju memilih keratan video dari ustaz yang tidak kurang popularnya dalam kalangan anak remaja, UAI..

Menurut UAI tiada perkataan haram yang termaktub di dalam hadis tentang pemberian salam kepada bukan mahram, tetapi disepakati ulamak akan larangan memberi salam pada yang bukan mahram. Nah, tidah salah untuk memberi salam dan menjawabnya, dengan syarat bukan niat yang tidak atau hawa nafsu. (wallahu'alam)

Terjawab sudah persoalan di minda Saddura, sekarang dia tenang untuk meneruskan ulangkaji demi menghadapi beberapa peperiksaan kelak.


Masa menjawab berbaki 30 minit, para pelajar tidak dibenarkan keluar sehingga waktu peperiksaan tamat, kata ketua pengawas peperiksaan pada hari tersebut. Saddura sudah selesai menjawab, menjadi tabiatnya untuk kekal sehingga waktu tamat, kerana terkensan dengan pesan umminya, tunggu sampai waktu tamat, sambil selawat ke atas nabi, mudah-mudahan Allah bantu permudahkan atau perbetulkan jawapan yang dituis, terngiang-ngiang suara ummi dibenak Saddura. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke rumah menemui seisi keluarga. waktu peperiksaan tamat, Saddura berjalan menuju keluar dewan untuk mendapatkan sahabat baiknya Mariam yang keluar lebih awal darinya.

Mariam : Saddura2, rajin study tapi kenapa lama sangat menjawab soalan?

Saddura : pesan ummi untuk tunggu sehingga waktu tamat, anak yang baik mendengar kata orang tua bukan?  (sambil menghadiahkan senyuman buat sahabatnya)

Mariam : yelah2..anak solehah huhu, Jom kita pergi makan, lepas tu boleh balik kemas barang. tak sabar nak balik bercuti ni.

Saddura : hayya bina..

mereka berjalan beriringan sambil berpimpin tangan...

cuti mereka tidak lama hanya berbaki seminggu sahaja lagi, sedang Saddura membantu ummi di dapur dia menerima panggilan dari sahabat baiknya Mariam.

solla 'alaikallah hu yaa adnani... telefon bimbitnya bernyanyi... Saddura menekan butang hijau.

Mariam : Assalamu'alaikum Saddura.. (nada sedih)

Saddura : wa'alaikumsalam Mariam, Kaifa haluki?

Mariam: Alhamdulillah, tetapi (mariam teresak-esak di corong telefon)

Saddura: Ya Allah , Mariam kenapa sedih ni? tenangkan diri.. cerita pada ana..


(bersambung.......)



  
[Continue reading...]

Ahad, 18 Ogos 2013

Dengan namaMu yang maha Pengasih lagi maha Penyayang...

hidup ibarat putaran roda, kekadang diatas , dan dibawah dan diatas semula.. sepanjang kesepian ini banyak sungguh duri ranjau yang kutempuhi hingga hampir ku terjelepuk tidak bermaya..

kejauhan dari orang tua tercinta, dari ahli keluarga tersayang serta saudara mara yang dikasihi, membuatkan diri ini mengambil masa yang agak lama untuk bangkit kembali..

sesungguhnya, jatuh itu sakit! kepala ini seperti dihenyak batu2 yang berat..Ya ALLAH! Ya Rabb! kalimah ini yang terlontar saat ku rasa aku tidak kuat lagi untuk mempertahankan.. 

akan tetapi Pemilik Cinta itu tahu apa yang terbaik buat hamba yang dicintaiNya.. Diuji tanda ingatan dan kasihNya.. dan Ujian itu adalah penguat iman. 

dengan adaNya ujian itu, aku lebih dekat denganNya, aku lebih banyak bersamaNya.. sesungguhnya Allah merindukan rintihan hamba2Nya..

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

dengan ujian itu, aku lebih kuat, aku lebih yakin, aku lebih mendalami erti kehidupan.. ^_^ 

solehah itu mudah, jalannya berliku kerna syurga itu indah.. 
[Continue reading...]

Rabu, 26 Disember 2012

Wardah dakwah 1

Pagi itu, Saddura menunggu Mariam di dalam kereta, mereka menjadi AJK untuk Sambutan Pelajar Baru .

(Solla 'alaika Allah....) telefon bimbitnya menyanyi dan tertera nama sahabat baiknya Mariam, Saddura segera menekan butang hijau.

Mariam: Saddura kat mana?

Saddura: Assalamualaikum....

Mariam: eh...hehehehe waalaikumsalam.. ha kat mana tu?

Saddura: kat tempat parking la.. jalan depan sikit nampak la.

Mariam: ok2 nampak dah..

(tett... talian diputuskan)

Mariam berlari menuju ke Saddura, Saddura hanya tersenyum melihat gelagat teman baiknya. Mariam seorang yang aktif tetapi Mariam lebih ceria dan peramah berbandingnya.

Sampai sahaja di pusat konvesyen univerisiti Mariam dan Saddura berjalan ke tempat bertugas masing-masing.

setelah seharian sibuk dengan tugas masing-masing mereka bertemu di ruang rehat AJK..
....
Mariam: Saddura.. ada orang kirim salam, "assalamu'alaikum"

Saddura: "wa'alaikumsalam" siapa?

Mariam: err.... hehehe xtaw siapa nama dia...

Saddura: akhawat ke syabab?

Mariam: heehehe syabab..... maaf lambat ckp

Saddura: astaghfirullah... xpe2...

Saddura terus terdiam dan berfikir sendirian...( syabab yang mengirim salam, sepatutnya boleh ke aku jawab?)
syabab itu terus menjadi misteri bagi Saddura, hati kecilnya seakan-akan menjentik-jentik untuk tahu gerangan yang kirim salam akan tetapi sifat malu dalam diri dia pendamkan sahaja perasaan nakal itu.

bersambung....
[Continue reading...]
Salam imtihan buat sahabat2 dan adik2 seperjuangan sekalian... semoga apa yang kita dan kalian usahakan sebelum ini mendapat redha Allah dan moga tenang menjawab imtihan nanti... 
tips:
1. Buat solat Taubat dan mohon keampunan dariNya
2. mohon maaf kepada ibu ayah dan dapatkan restu mereka.
3. mohon maaf terhadap insan2 @ sahabat2 disekeliling kita.

dan dikesempatan ini, ana ingin mohon seribu kemaafan terhadap kalian yang mengenali diri ini secara langsung @ tidak.. serta halalkan segala pemberian kalian (ilmu dll) moga ukhuwah kita hingga Syurga.. ^_^
 ~*~ Kitakan Pencinta Syurga ~*~
[Continue reading...]

Khamis, 29 November 2012

~MARAH~

assalamualaikum...

kalian pernah dimarahi? sama ada kesalahan sendiri @ x??


saya yakin dan pasti setiap orang pernah mengalami situasi ini... begitu jua dengan saya..


bila dimarahi apa yang kalian lakukan? menangis? marah balik? diam? bergusti? hehehe


mesti banyak lagi tindak balas yang berlaku kan? kerna apa? sbb mana2 manusia jika dimarahi dia akan mengalami satu situasi... TERKEJUT!!!


dan hampir di setiap situasi saya lebih memilih diam dan menangis.. dan kadang-kadang sangat memerlukan seseorang untuk mendengar luahan kita kan?


dan luahan yang paling tenang dan damai yang pernah saya rasa, apabila kalian berada di situasi yang amat menyedihkan, dan jauh dari insan2 yang kalian biasa bercerita... 


iaitu dengan ambil wudhu' dan solat 2 rakaat... ketika ini, solat ini akan menjadi solat yang paling khusyu' buat kalian...


kalian bercerita dan meluahkan seolah2 dia dekat dengan kalian... dan Dia ialah Allah... ^_^


kesimpulan: 1.Allah adalah sebaik2 tempat untuk kita meluahkan.. Dia lebih dekat dengan makhluknya..

                         2. Menangis itu kadang boleh muhasabah diri kita disertai dengan zikir2...
                         3. Berdiam diri lebih baik dari menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati insan lain..
                         4. minta maaf dan memaafkan insan lain....






[Continue reading...]

Ahad, 25 November 2012

~ wardah dakwah ~

SADDURA...


      Nama manja bagi seorang gadis kacukan arab-melayu. Saddura merupakan pelajar tahun 2 pengajian ekonomi di salah sebuah universiti swasta di Malaysia. Dia merupakan mahasiswi yang aktif dalam persatuan jua akademik. kesibukkannya dalam berpersatuan tidak membuatkan dia mengabaikan akademik yang merupakan amanah ibu ayahnya. 

     Saddura merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik, dia dikira bertuah kerana dilahirkan dalam   keluarga yang sakinah wa mawaddah. Ibu Ayah yang sentiasa mewujudkan bi'ah solehah serta tarbiyyah di rumah, menjadikan adik-beradiknya jarang sekali bercakaran mahupun meninggikan suara.

      Dalam kesibukkan duniawinya, Saddura tetap mencari bekalan Ukhrawinya, itu yang membuatkan kehidupannya seimbang, usrah serta majlis-majlis ilmu jarang sekali dia tinggalkan tanpa keuzuran. Seperti rakan-rakan sebayanya yang sedang menikmati zaman remaja, dia jua tidak terlepas dari di uji oleh-Nya. 

     Hampir dia tersungkur disetiap onak duri itu, dengan jiwa tarbiyyah dan semangat seorang da'ei dia tidak pernah lupa itu sebagai tanda kasih sayang Pencipta kepadanya. Hanya ayat "tidaklah aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaku" ( Az-Zariyat:56) , menjadi pendorongnya agar istiqamah berada di dalam jalan Dakwah.


Ketika Saddura sedang beriadah bersama-sama temannya di tasik universiti,

Mariam: Saddura, enti tak penat ke sibuk hampir setiap jam, ana tengok, lepas kelas, program, riadah lagi..malam usrah pulak....tak bosan?

Saddura: ^_^ (menghadiahkan senyuman buat sahabatnya), enti bosan tak setiap hari kena makan?

Mariam: eh soalan dibalas dengan soalan?? hehe mestila tak, sebab kenyang lepas tu..

Saddura: begitu jua jawapan ana untuk soalan enti tadi, setiap yang ana lakukan dalam sehari, merupakan makanan bukan sahaja pada jasmani malah rohani ana. ana memerlukan semua itu. ^_^

Mariam: (jawapan Saddura membuatkan mariam merenung air tasik sambil memikirkan kebenaran kata2 sahabatnya itu) 

Saddura: Siti Mariam..... termenung apa tu? dh nak senja ni...Jom kita balik asrama...

Mariam: Tak de apa-apa wahai sahabatku Sidratul Muntaha.... 

mereka berpimpinan tangan sambil berjogging ke asrama.




bersambung....... ^_^

[Continue reading...]

Rabu, 21 November 2012

A ke B ??? ^_^

salam mawaddah buat sahabat2 sekalian... ^_^



baru-baru ini, isu memilih group2 untuk mengadakan pengisian rohani sering diperkatakan disekeliling ana. contohnya Group "mawar" (bukan nama sebenar) menarik atau mencari ahli-ahli baru, dan berkemungkinan besar mereka berjaya.. dalam isu ini ada tiada nampak salahnya kerana 'siapa yang berusaha maka dia akan dapat hasilnya'.. akan tetapi ana kurang senang kata-kata yang tidak turut serta malah mengatakan mereka salah.. dan apabila sebahagian dari sekelompok mereka menyertai 'group' tersebut, mereka dipandang serong dan dijauhkan..

apakah ini budaya yang sihat? tentu sekali tidak... sepatutnya kita beri peluang dan ruang untuk mereka memilih dan berfikir.. bagi ana tiada salahnya mengikuti sesuatu 'group' asalkan kita tahu matlamat yang sebenar dan ianya tidak menyesatkan.. kerana 'group2' ini kebanyakannya berkongsi berkaitan pengisian rohani serta aktiviti2 yang mengeratkan ukhuwah sesama ahlinya. sedangkan pihak yang satu lagi tidak berbuat apa2..

Allah anugerahkan kita akal, bukan tugas kita untuk menghukum mereka.. yang mana baik, kita teruskan dan tingkatkan...yang mana sesat dan maksiat, kita tinggalkan wallahu'alam... ^_^


Al-Mumtahanah 8
“Allah Tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan bertaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi-mu karena agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerlmu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil“. (QS. Al-Mumtahanah [60]: 8 )
[Continue reading...]