Khamis, 29 November 2012

~MARAH~

assalamualaikum...

kalian pernah dimarahi? sama ada kesalahan sendiri @ x??


saya yakin dan pasti setiap orang pernah mengalami situasi ini... begitu jua dengan saya..


bila dimarahi apa yang kalian lakukan? menangis? marah balik? diam? bergusti? hehehe


mesti banyak lagi tindak balas yang berlaku kan? kerna apa? sbb mana2 manusia jika dimarahi dia akan mengalami satu situasi... TERKEJUT!!!


dan hampir di setiap situasi saya lebih memilih diam dan menangis.. dan kadang-kadang sangat memerlukan seseorang untuk mendengar luahan kita kan?


dan luahan yang paling tenang dan damai yang pernah saya rasa, apabila kalian berada di situasi yang amat menyedihkan, dan jauh dari insan2 yang kalian biasa bercerita... 


iaitu dengan ambil wudhu' dan solat 2 rakaat... ketika ini, solat ini akan menjadi solat yang paling khusyu' buat kalian...


kalian bercerita dan meluahkan seolah2 dia dekat dengan kalian... dan Dia ialah Allah... ^_^


kesimpulan: 1.Allah adalah sebaik2 tempat untuk kita meluahkan.. Dia lebih dekat dengan makhluknya..

                         2. Menangis itu kadang boleh muhasabah diri kita disertai dengan zikir2...
                         3. Berdiam diri lebih baik dari menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati insan lain..
                         4. minta maaf dan memaafkan insan lain....






[Continue reading...]

Ahad, 25 November 2012

~ wardah dakwah ~

SADDURA...


      Nama manja bagi seorang gadis kacukan arab-melayu. Saddura merupakan pelajar tahun 2 pengajian ekonomi di salah sebuah universiti swasta di Malaysia. Dia merupakan mahasiswi yang aktif dalam persatuan jua akademik. kesibukkannya dalam berpersatuan tidak membuatkan dia mengabaikan akademik yang merupakan amanah ibu ayahnya. 

     Saddura merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik, dia dikira bertuah kerana dilahirkan dalam   keluarga yang sakinah wa mawaddah. Ibu Ayah yang sentiasa mewujudkan bi'ah solehah serta tarbiyyah di rumah, menjadikan adik-beradiknya jarang sekali bercakaran mahupun meninggikan suara.

      Dalam kesibukkan duniawinya, Saddura tetap mencari bekalan Ukhrawinya, itu yang membuatkan kehidupannya seimbang, usrah serta majlis-majlis ilmu jarang sekali dia tinggalkan tanpa keuzuran. Seperti rakan-rakan sebayanya yang sedang menikmati zaman remaja, dia jua tidak terlepas dari di uji oleh-Nya. 

     Hampir dia tersungkur disetiap onak duri itu, dengan jiwa tarbiyyah dan semangat seorang da'ei dia tidak pernah lupa itu sebagai tanda kasih sayang Pencipta kepadanya. Hanya ayat "tidaklah aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaku" ( Az-Zariyat:56) , menjadi pendorongnya agar istiqamah berada di dalam jalan Dakwah.


Ketika Saddura sedang beriadah bersama-sama temannya di tasik universiti,

Mariam: Saddura, enti tak penat ke sibuk hampir setiap jam, ana tengok, lepas kelas, program, riadah lagi..malam usrah pulak....tak bosan?

Saddura: ^_^ (menghadiahkan senyuman buat sahabatnya), enti bosan tak setiap hari kena makan?

Mariam: eh soalan dibalas dengan soalan?? hehe mestila tak, sebab kenyang lepas tu..

Saddura: begitu jua jawapan ana untuk soalan enti tadi, setiap yang ana lakukan dalam sehari, merupakan makanan bukan sahaja pada jasmani malah rohani ana. ana memerlukan semua itu. ^_^

Mariam: (jawapan Saddura membuatkan mariam merenung air tasik sambil memikirkan kebenaran kata2 sahabatnya itu) 

Saddura: Siti Mariam..... termenung apa tu? dh nak senja ni...Jom kita balik asrama...

Mariam: Tak de apa-apa wahai sahabatku Sidratul Muntaha.... 

mereka berpimpinan tangan sambil berjogging ke asrama.




bersambung....... ^_^

[Continue reading...]

Rabu, 21 November 2012

A ke B ??? ^_^

salam mawaddah buat sahabat2 sekalian... ^_^



baru-baru ini, isu memilih group2 untuk mengadakan pengisian rohani sering diperkatakan disekeliling ana. contohnya Group "mawar" (bukan nama sebenar) menarik atau mencari ahli-ahli baru, dan berkemungkinan besar mereka berjaya.. dalam isu ini ada tiada nampak salahnya kerana 'siapa yang berusaha maka dia akan dapat hasilnya'.. akan tetapi ana kurang senang kata-kata yang tidak turut serta malah mengatakan mereka salah.. dan apabila sebahagian dari sekelompok mereka menyertai 'group' tersebut, mereka dipandang serong dan dijauhkan..

apakah ini budaya yang sihat? tentu sekali tidak... sepatutnya kita beri peluang dan ruang untuk mereka memilih dan berfikir.. bagi ana tiada salahnya mengikuti sesuatu 'group' asalkan kita tahu matlamat yang sebenar dan ianya tidak menyesatkan.. kerana 'group2' ini kebanyakannya berkongsi berkaitan pengisian rohani serta aktiviti2 yang mengeratkan ukhuwah sesama ahlinya. sedangkan pihak yang satu lagi tidak berbuat apa2..

Allah anugerahkan kita akal, bukan tugas kita untuk menghukum mereka.. yang mana baik, kita teruskan dan tingkatkan...yang mana sesat dan maksiat, kita tinggalkan wallahu'alam... ^_^


Al-Mumtahanah 8
“Allah Tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan bertaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi-mu karena agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerlmu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil“. (QS. Al-Mumtahanah [60]: 8 )
[Continue reading...]

Isnin, 19 November 2012

patut ke?

Setelah menghadiri suatu program di Mafraq, Jordan iaitu LANCER (Lawyer : one stop centre), saya mendapat suatu pencerahan yang saya tidak pernah terfikir sebelum ini. walaupun program ini berkisar atau lebih fokus kepada mereka yang mengambil jurusan fiqh wa usuluh, secara tidak langsung ianya memberi manfaat pada insan yang tidak mengambil jurusan itu.

saya sempat bertanya kepada pembentang kertas kerja, isu jika seorang peguam membela orang yang bersalah apakah itu patut dan sebagainya. Panel tersebut bertanya kepada saya, adakah orang yang bersalah tidak berhak dibela? adakah mereka tidak ada peluang bertaubat? apa jua keputusan mahkamah, peguam secara tidak langsung menjadi pemudah cara antara mereka dengan hakim..

Selama ini, saya berfikir kerjaya itu sudah meletakkan individu yang memilihnya, sebelah kaki di neraka.. tapi hari ini saya faham dan jelas, semua itu bergantung pada kebijaksanaan para hakim..

jadi bagi mereka yang berhasrat untuk meneruskan kerjaya ini, silakan!! peluang kalian cerah!! dan kalian amat diperlukan..

semoga berjaya!! fighting!! ^_^
[Continue reading...]

doa Qunut Nazilah

http://www.youtube.com/watch?v=2Y6xo2Ci0_I

ayuh sama2 kita mendoakan kejayaan untuk saudara2 kita yang sedang bertempur si seluruh dunia untuk menegakkan agama Islam serta kita doakan akan kekalahan musuh2 mereka yang kejam lagi zalim.... moga urusan saudara2 kita dipermudahkan Allah....aminn ^_^ 
[Continue reading...]

Ahad, 18 November 2012

ok ke?

hurmmm setakat ni, design yg xsarat sgt, simple...n tenang... kne belajar lagi nieyh..keep it up...chayok2!!!
[Continue reading...]

permulaan

Salam perkenalan, perantauan, persahabatan......
perutusan khas dari bumi penuh sirah dan 'ibrah....

minat untuk menulis, semakin hari, semakin membuak-buak, cuma info serta bengkel secara khusus amat sukar untuk didapati di sini..... insyallah permulaan menulis blog ini akan memberi ilmu serta pengalaman untuk terus belajar menulis.... mohon tunjuk ajar kalian yang pakar...... ^_^ ehhh?? hehe
[Continue reading...]